Sunday, December 26, 2010

GEJALA AKIDAH & SOSIAL,YANG MANAKAH PERLU DITITIKBERATKAN?

ASSALAMUAIALAIKUM..kita bertemu lagi dalam muhammadassyria.blogspot.(macam rancangan televisyen pulak)

kali ini penulis mahu mengajak semua pengunjung blog ini sama sama berfikir tentang 1 isu yang baru saja berlaku di tanah air kita,SYIAH.penulis percaya tentu ada pembaca yang sudah mengetahui tentang syiah ini.bagi yang masih belum mengetahui,jangan risau,penulis akan menceritakan serba sedikit tentang syiah ini..

KUALA LUMPUR 16 DIS-Kegiatan 1 ajaran syiah tegar dan dikuatiri mengancam keselamatan negara telah dikesan bergerak aktif berikutan penahanan 200 pengikut dan 2 ketuanya semalam..2 ketua kumpulan itu termasuk seorang warga IRAN telah dihadapkan ke mahkamah rendah syariah gobak barat,kuang dan telas dibebaskan dengan jaminan....

Kumpulan yang ditahan di sebuah rumah kedai di Taman Seri Gombak,Batu Caves,dikatakan berbahaya kerana menganggap umat islab bermazhab lain sebagai kafir dan halal dibunuh.

sebahagian pengikut yang ditahan merupakan pensyarah dan pelajar institut pengajian tinngi(IPT),peguam dan juga kakitangan kerajaan..

Dah nampak?kali ini penulis nak menceritakan antara gejala gejala yang ditimbulkan oleh syiah ini..Antaranya ialah adanya usaha menghantar pelajar pelajar melanjutkan pelajaran ke Iran,wujudnya kes kahwin muta'h,meluasnya penyebarab kitab kitab syiah,wujudnya sokongan dari golongan tertentukepada penagruh syiah terutama ahli politik dan wujudnya kesamaran orang ramai terhadap ajaran islam yang sebenar seperti aspek penegbumian,perkahwinan dan sebagainya..

MENGAMALKAN NIKAH MUT'AH

Golongan syiah masih meneruskan nikah mut'ah yang pernah diharuskan di peringkat awal islam didalam keadaan dan masa tertentu.mereka masih menggunakan nikah ini sehinnga sekarang.denagn ini menunjukkan mereka telah menolak pemansuhan  syariat tersebut.Mereka berpendapat nikah mut'ah adalah diharuskan dalam islam.pekara ini dinyatakan dalam kitab  al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhamad b. Hassan b. Ali al-Tusi, hal. 489:




Terjemahannya: 

    Nikah mutah adalah diharuskan dalam syariat Islam sebagaimana kami menyebutnya daripada akad seseorang lelaki ke atas seorang perempuan mengikut tempoh yang tertentu dengan mas kahwin yang tertentu. Ciri-ciri nikah Mut'ah ialah akad, tempoh dan mahar. Dalam nikah Mut'ah ditetapkan tempoh tertentu yang diredhai oleh kedua-duanya, samada sebulan atau setahun atau sehari. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarrad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far bin Muhammad bin AI-Hassan bin Ali AI-Tusi. hal. 491:
Terjemahannya: 
    Adapun tempoh nikah mutah ialah mengikut keredaan pasangan kedua-duanya sama ada sebulan atau setahun atau sehari. Nikah mut'ah boleh dilakukan dalam tempoh satu jam atau dua jam, sehari, dua hari atau semalaman. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. hal. 266: Terjemahannya:  Muhammad bin Yacob daripada Muhammad bin Yahya daripada Ahmad bin Muhammad daripada Ibnu Faddhal daripada Abu Bukair daripada Zararah katanya Aku (Zararah) bertanya kepadanya (Abu Jayar) adakah harus seorang lelaki bermutah dengan seorang perempuan sejam atau dua jam. Jawabnya; "Satu atau dua jam tidak terhenti kepada sempadan kedua-duanya, tetapi boleh dilakukan sekali atau dua kali, sehari atau dua hari dan semalaman dan seumpamanya." Nikah Mut'ah boleh dilakukan dengan perempuan Yahudi, Nasrani, Majusi, anak dara tanpa izin bapanya dan juga perempuan pelacur. Apabila dilakukan akad hendaklah disebut mahar dan tempoh yang diredhai oleh kedua-duanya. Sekurang-kurang mahar ialah semangkuk gula atau segenggam makanan dan sebagainya. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-Nihayah Fi Mujarad al-Fiqh Wa al-Fatawa oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan bin Ali AI-Tusi. hal. 490 - 491 dan kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja'far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. hal. 254: Terjemahannya:  "Tidak mengapa bermut'ah dengan perempuan Yahudi, Nasrani dan makruh bermutah dengan perempuan Majusi, tetapi ianya tidak dilarang". "Muhammad bin Ahmad bin Yahya daripada Abbas bin Ma'arof daripada Sadan bin Muslim daripada seorang lelaki daripada Abu Abdullah katanya, "Tidak mengapa mengahwini anak dara apabila ia redha walaupun tanpa izin kedua ibu bapanya". "Tidak mengapa bermutah dengan perempuan pelacur kecuali lelaki itu menghalangnya daripada pelacuran setelah akad dilakukan." "Apabila hendak berakad hendaklah disebut mas kahwin dan tempoh yang diredai oleh pasangan dan sekurang kurang mas kahwin ialah semangkuk gula atau setapak tangan makanan atau seumpama yang demikian itu."
      Dalam nikah mut'ah tidak ditentukan bilangan wanita yang dimut'ahkan, boleh dilakukan sampai seribu orang wanita. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tahzib al-Ahkam oleh Abu Ja' far Muhammad bin al-Hasan al-Tusi. juzu' 1, hal. 259:
      Terjemahannya:
      Daripada Ubaid bin Zararah daripada bapanya daripada Abu Abdullah a.s. katanya, disebutkan kepadanya tentang mutah adakah dihadkan kepada empat orang sahaja? Jawabnya "Kahwinlah perempuan-perempuan itu walau sampai seribu orang kerana mereka itu merupakan perempuan-perempuan yang disewakan".

      ULASAN

      Nikah mut'ah ini sebenarnya telah dimansuhkan oleh ayat-ayat Al-Quran yang bermaksud seperti berikut: 
      "Sesungguhnya berjayalah orang-orang yang beriman. Iaitu mereka yang khusyu' dalam sembahyangnya, dan mereka yang menjauhkan diri dari perbuatan dan perkataan yang sia-sia. Dan mereka yang berusaha membersihkan hartanya (dengan menunaikan zakat harta itu)"
      (Surah al-Mu'minun ayat 1-4) 
      Wahai Nabi! Apabila kamu (engkau dan umatmu), hendak menceraikan isteri-isteri (kamu), maka ceraikanlah mereka pada masa mereka dapat memulakan 'iddahnya, dan hitunglah masa iddah itu (dengan betul), serta bertaqwalah kepada Allah, Tuhan kamu. Janganlah kamu mengeluarkan mereka dari rumah-rumah kediamannya (sehingga selesai iddahnya), dan janganlah pula (dibenarkan) mereka keluar (dari situ), kecuali (iika) mereka melakukan perbuatan keji yang nyata. Dan itulah aturan-aturan hukum Allah (maka janganlah kamu melanggarnya) dan sesiapa yang melanggar aturan-aturan hukum Allah, maka sesungguhnya ia telah berlaku zalim kepada ditinya. (Patuhilah hukum-hukum itu, kerana) engkau tidak mengetahui boleh jadi Allah akan mengadakan, sesudah itu, sesuatu perkara (yang lain).
      (Surah al-Talaq ayat 1) 
      " Dan bagi kamu seperdua dati harta yang ditinggalkan oleh isteri-isteri kamu jika mereka tidak mempunyai anak. Tetapi jika mereka mempunyai anak, maka kamu beroleh seperempat dari harta yang mereka tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang mereka wasiatkan dan sesudah dibayarkan hutangnya. Dan bagi mereka (isteri-isteri) pula seperempat dari harta yang kamu tinggalkan, jika kamu tidak mempunyai anak. Tetapi kalau kamu mempunyai anak maka bahagian mereka (isteri-isteri kamu) ialah seperlapan dari harta yang kamu tinggalkan, sesudah ditunaikan wasiat yang kamu wasiatkan, dan sesudah dibayarkan hutang kamu. Dan jika si mati yang diwarisi itu, lelaki atau perempuan, yang tidak meninggalkan anak atau bapa, dan ada meninggalkan seorang saudara lelaki (seibu) atau saudara perempuan (seibu), maka bagi tiap-tiap seorang dari keduanya ialah seperenam. Kalau pula mereka (saudara-saudara yang seibu itu) lebih dari seorang, maka mereka bersekutu pada sepertiga (dengan mendapat sama banyak lelaki dan perempuan), sesudah ditunaikan wasiat yang diwasiatkan oleh simati, dan sesudah dibayar hutangnya, wasiat-wasiatyang tersebut hendaklah tidak mendatangkan mudarat (kepada waris-waris). (Tiap-tiap satu hukum itu) ialah ketetapan dari Allah. Dan (ingatlah) Allah Maha Mengetahui lagi Maha Penyabar."
      (Surah al-Nisaa'ayat 12) 
      "Dan orang-orang yang meninggal dunia di antara kamu, sedang mereka meninggalkan isteri-isteri, hendaklah isteri-isteri itu menahan diri mereka (beriddah) selama empat bulan sepuluh hail. Kemudian apabila telah habis masa iddahnya itu maka tidak ada salahnya bagi kamu mengenai apa yang dilakukan mereka pada dirinya menurut cara yang baik (yang diluluskan oleh Syara '). Dan (ingatlah), Allah sentiasa mengetahui dengan mendalam akan apa jua yang kamu lakukan."
      (Surah al-Baqarah ayat 234) 
      Orang-orang Islam di zaman itu telah ijmak bahawa nikah Mut'ah telah dimansuhkan dan haram melakukannya. Nikah tersebut dimansuhkan oleh ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah s.a.w. 
      Nikah Mut'ah bukan suatu pernikahan dalam Islam, malah ia merupakan amalan Jahiliyah. Dengan itu perempuan yang dinikahkan mut'ah bukanlah isteri atau hamba, tidak boleh mewarisi, tidak sabit nasab dan tidak wajib nafkah. Nikah mut'ah amat jelas bertentangan dengan al-Quran, hadith Rasulullah s.a.w dan ljmak Ulama. Di mana para sahabat tidak mengingkari kata-kata Saidina Umar yang akan merejam dengan batu orang yang melakukan nikah mut'ah. Beliau berkata, " Nikah Mut'ah merosakkan konsep nikah, talak, iddah dan pesaka. ((3) AI-lmam al-Fakhr al-Razi, al-Tafsir al-Kabir, juzu 10, cetakan ke 11 Dar al-Kutub al- Ilmiah, Tehran hal. 50.) 
      4) Alauddin Ali bin Muhamad bin Ibrahim al-Baghdadi, al-Syahir bi al-Khazin, Tafsir al-Khazin, al-Musamma Lubab al-Ta'wil Fi Maami al-Tanzil, Wa Bihamisyihi Tafsir al-Baghawi al-Ma'ruf Bi Maalim al-Tanzil, Juzu 1, Dar al-Fikr, Beirut Lubnan hal. 506-507. 
      5) Ibid. Hal. 507

      3.2.3. PELBAGAI PENYELEWENGAN UMUM.

      i. Menziarahl Kubur Saidina Husain, Ganjarannya Syurga
      Syiah mendakwa bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga, perkara ini dinyatakan di dalam kitab al-lrsyad oleh as-Syeikh al-Mufid halaman 252. Sebagaimana yang diriwayatkan daripada Rasulullah s.a.w.:
      Terjemahannya; 
      "Sesiapa yang menziarahi Husain selepas wafatnya nescaya ia akan memasuki syurga"

      ULASAN

      Tidak terdapat di dalam al-Quran dan hadith sahih Nabi s.a.w. yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi kubur Saidina Husain akan memasuki syurga. Tetapi yang jelas di dalam hadith nabi s.a.w yang menyatakan bahawa orang yang menziarahi kubur nabi s.a.w. akan pasti mendapat syafaatnya. Ini bertepatan dengan sabda nabi s.a.w yang bermaksud, 
      " Sesiapa yang menziarahiku di Madinah dengan tulus ikhlas, nescaya aku akan menjadi saksi dan pemberi syafaat kepadanya pada hari kiamat."
      ( Riwayat al-Baihaqi) 
      ii) Menyiksa Tubuh Badan Sempena 10 Muharram.
      Golongan Syiah mengadakan upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain. Perkara ini dinyatakan dalam Kitab al-Syiah Wa al-Tashih al-Sira', Baina al-Syiah Wa al-Tasyayyu', oleh Doktor Musa al-Musawi, hal. 98:

      Terjemahannya:

      Perlu kami asingkan satu pasal yang khas mengenai memukul dengan rantai besi ke atas bahu, mengetuk kepala dengan pedang dan menyiksa badan pada hari kesepuluh Muharram sebagai berkabung di atas kematian Saidina Husain. 
      Amalan yang masyhur ini sentiasa diadakan sebagai satu bahagian daripada musim-musim perayaan sempena kematian syahid Saidina Husain. Amalan ini berlaku di Iran, Pakistan, India dan sebahagian di negara Lubnan pada setiap tahun. Dengan sebab itu berlaku pertempuran darah di antara Syiah dan Ahli Sunnah di beberapa tempat di Pakistan menyebabkan beratus-ratus nyawa yang tidak bersalah terkorban daripada kedua-dua belah pihak yang tidak dapat tidak banyak diperkatakan. Sebagaimana yang kami telah katakan pada pasal yang lalu bahawa Syiah mengadakan perayaan pada hari Asyura semenjak berabad-abad lagi. Selain daripada itu bacaan ziarah yang banyak diperkatakan sebelum ini di mana para pujangga telah menasyidkan beberapa qasidah di hadapan kubur sehingga seorang penyair Arab yang bernama Syarif Reda semasa menyampaikan qasidahnya yang mulia di hadapan kubur Husain yang mana terdapat diawal qasidah tersebut iaitu "Karbala sentiasa kamu berada di dalam kesusahan dan bala'  hingga sampai kepada bait ini iaitu:
      "Berapa ramai orangyang telah berperang di atas tanah ini, sehinggalah darah yang mengalir dan mereka yang terbunuh."
      Penyair tersebut menangis sehingga ia pitam. Yang pastinya bahawa Imam-imam Syiah merayakan hari kesepuluh Muharram, mereka duduk di rumah-rumah dengan menerima ucapan takziah daripada orang-orang yang memberikan takziah dan mereka mengadakan majlis jamuan pada hari itu. Imam mereka memberi khutbah dan qasidah bagi mengingati syahidnya Saidina Husain dan Ahli Bait Rasulullah s.a.w. dan kelebihan-kelebihan mereka.

      ULASAN

      Upacara memukul dada dan menyiksa tubuh badan sempena 10 Muharram bagi menangisi kematian Saidina Husain adalah bertentangan dengan ajaran Islam kerana perbuatan seumpama ini dilarang oleh Rasulullah s.a.w dengan sabdanya yang bermaksud, 
      "Bukanlah daripada golongan kami, orang yang menampar-nampar pipi dan mencarik-carikkan baju dan memekik-mekik sepertimana yang dilakukan oleh orang-orang Jahiliah"
      (Riwayat al-Bukhari dan Muslim) 
      Di dalam Islam telah ditentukan adab sopan ketika menziarahi jenazah iaitu dengan membanyakkan doa ke atas simati supaya diampunkan dosanya. Dilarang meraung-raung ke atas kematian seseorang, tetapi dibolehkan menangis tanpa suara yang kuat. Ini bertepatan dengan sabda nabi s.a.w. yang bermaksud, 
      "Daripada Ibn Umar ra., bahawasanya Rasulullah s.a. w. telah menziarahi Saad bin Ubadah bersama-sama baginda ialah Abdul Rahman bin Auf, Saad bin Abu Waqqas dan Abdullah bin Mas'ud, Ialu Rasulullah s.a.w. menangis. Maka apabila orang ramai melihat Rasulullah s.a.w. menangis, merekapun menangis, lalu Baginda bersabda, " Tidakkah kamu mendengar bahawasanya Allah S. W. T tidak akan menyeksa (mayat) kerana air mata dan kesedihan hati, tetapi Allah S. W. T menyiksa atau merahmati seseorang kerana ini, lantas Baginda menunjukkan lidahnya."
      (Riwayat al-Bukhail dan Muslim) 
      ii. Menghina Isteri-isteri Nabi s.a.w.
      Golongan Syiah juga jelas menghina isteri-isteri nabi. Perkara ini dinyatakan di dalam kitab Tuhfah al-'Awam Maqbul oleh al-Syed Manzur Husain. hal. 330:
      Terjemahannya: 
      "Ya Allah, laknatlah olehmu dua berhala Quraisy dan dua Thagut, dua pendusta, dua anak perempuannya yang mana mereka berdua menyalahiperintah engkau, mengingkari wahyu engkau, mengingkari nikmat engkau dan menderhaka terhadap wahyu engkau dan mengubah ugama engkau dan menyelewengkan al-Quran dan mencintai seteru engkau dan mengingkati nikmat batin engkau dan menggagalkan perkara perkarafardhu engkau dan melanggar ayat-ayat engkau dan memusuhi wali-wali engkau dan melantik musuh engkau dan memerangi negara engkau dan merosakkan hamba-hamba engkau. Ya Allah laknatlah mereka berdua dan pengikut-pengikut mereka berdua dan wali-wali mereka dan penyokong-penyokong mereka, kekasih-kekasih mereka. Maka sesungguhnya mereka telah meruntuhkan institusi kenabian."
      ULASAN 
      Isteri-isteri Nabi adalah Ummahatul Mukminin. Merekajuga adalah tergolong dalam kalangan sahabat Rasulullah s.a.w. yang adil. Oleh itu haram bagi orang mukmin menikahi mereka selama-lamanya, selepas wafat Rasulullah. Mereka wajib dihormati dan tidak boleh dicaci dan dicela rnereka. Ini dinyatakan di dalam firman Allah yang bermaksud, 
      "Nabi itu lebih menolong dan lebih menjaga kebaikan orang-orang yang beriman daripada dial mereka sendiri dan isteri-isterinya adalah menjadi ibu mereka........
      (Surah al-Ahzab ayat 6) 
      Firman Allah S.W.T. lagi yang bemaksud, 
      ... Dan kamu tidak boleh sama sekali menyakiti Rasul Allah dan tidak boleh berkahwin dengan isterinya sesudah ia wafat selama-lamanya. Sesungguhnya segala yang tersebut itu adalah amat besar dosanya di sisi Allah.
      (Surah al-Ahzab ayat 53) 
      Merekajuga merupakan orang yang bekerjasama dengan Nabi s.a.w. dalam meyebarkan dakwah dan menegakkan syiar Islam kepada masyarakat di zaman mereka. 
      iv. Mengharuskan Jamak Sembahyang Dalam Semua Keadaan
      Golongan Syiah mengharuskan jamak sembahyang fardhu iaitu Zohor dan Asar dalam waktu Asar, Maghrib dan Isyak dalam waktu Isyak dalam semua keadaan tanpa sebarang sebab. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim (thn. 1993) hal. 36:
      Ja'fari: Harus menjamakkan di antara sembahyang Zohor dan 'Asar, Maghrib dan 'Isya' sama ada di dalam musafir ataupun hadir tanpa sebarang sebab.

      ULASAN

      Mengamalkan sembahyang jamak tanpa sebab secara berterusan adalah beitentangan dengan sunnah Nabi s.a.w. dan amalan para sahabat Rasulullah s.a.w. Dalam syariat Islam, kedudukan hukum dipandang melalui kemudahan atau kesulitan melaksanakannya iaitu yang disebut Azimah dan Rukhsah. Azimah ialah sesuatu hukum yang kekal dengan hukum asalnya. Ia tidak berubah dengan adanya sebab-sebab seperti sembahyang lima waktu dikekalkan jumlah rakaat mengikut waktunya. Manakala Rukhsah ialah suatu hukum yang diharuskan kepada orang Islam melakukannya disebabkan adanya sebab-sebab keuzuran dan kesulitan dan sekiranya tanpa sebab-sebab di atas, haram berbuat demikian, seperti sembahyang jamak dan qasar diharuskan pada masa musafir (6)
      v. Imamah dan Khilafah Sebahagian daripada Rukun Islam dan lanya Berlaku Melalui Nas
      Golongan Syiah mendakwa Imamah dan Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya (Fiqh Lima Mazhab di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 145-146:
      Ja'fari: Imamah dan Khilafah sebahagian daripada rukun Islam dan ianya berlaku melalui nas.

      ULASAN

      Pendapat ini hanyalah rekaan semata-mata, sedangkan di dalam Islam jelas menyatakan bahawa rukun Islam hanyalah lima perkara sahaja. Ini adalah berdasarkan hadith nabi s.a.w. yang bermaksud, 
      "Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu mengaku bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan bahawasanya Nabi Muhammad s.a. w. pesuruh Allah, menditikan sem-bahyang, mengeluarkan zakat, mengerjakan haji dan puasa di bulan Ramadan "
      (RiwayatAhmad, al-Bukhati,Muslim, Tirmidhi dan al-Nasai)

      vi. Sembahvang Duha Adalah Bid'ah

      Golongan Syiah mendakwa sembahyang Duha adalah bid'ah. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terj emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 31:
      Ja'fari: Sembahyang Duha adalah bid'ah. Para imam mazhab empat ianya sunat. Lantaran itu mereka menyalahi sunnah Rasulullah s.a. w. yang ditiwayatkan oleh al-Humaidi di dalam al-Jami'Baina al-Sahihain daripada Marwan al-'Ajali, dia berkata : Aku berkata kepada Ibn Umar, "Anda mengerjakan sembahyang Duha? Dia menjawab, tidak. Aku pun bertanya lag4 Abu Bakr? Dia menjawab: "Tidak, " Aku bertanya lagi: Nabi s.a.w.? Dia menjawab: "Tidak." Humaidi pula meriwayatkan datiaisyah di dalam MusnadAisyah, dia berkata, sesungguhnya Nabi s.a.w. tidak pernah mengerjakan sembahyang Duha. Abdullah bin Umar juga berkata, "Sembahyang Duha adalah bid'ah dati segala bid'ah. "

      ULASAN

      Pendapat di atas bertentangan dengan hadith-hadith sahih yang menyebut tentang pensyariatan sembahyang Duha ini. Antara hadith-hadith tersebut ialah: 
      "Daripada Abu al-Darda'ra. katanya Nabi Muhammad s.a.wtelahmenasihatkankutentang3perkarayangaku tidakpernah meninggalkannya selama aku hidup iaitu berpuasa 3 hail bagi tiap-dap bulan, sembahyang Duha dan aku tidak tidur kecuali aku telah mengerjakan witir".
      (Riwayat Muslim Abu Daud dan al-Nasai) 
      "DaripadaAbu Hurairah ra. katanya: Telah menasihati daku oleh kekasihku s.a.w. dengan berpuasa tiga hari bagi setiap bulan, sembahyang dua rakaat Duha dan aku mengeilakan sembahyang witir sebelum aku tidur".
      (Riwayat Bukhari, Muslim, Abu Daud dan al-Tirmidhi) 
      "Daripada Abu Zar r.a. daripada Nabi s.a.w. sabdanya: Setiap pagi setiap anggota kamu bersedekah, setiap tasbih adalah sedekah, setiap tahmid adalah sedekah, setiap tahlil adalah sedekah, setiap takbir adalah sedekah, menyuruh dengan kebaikan adalah sedekah dan menegah daripada kemungkaran adalah sedekah dan memadailah dengan yang sedemikian itu dengan menditikan sembahyang Duha dua rakaat".
      (Riwayat Muslim) 
      vii.  Islam Bukanlah Syarat Wajibnya Haji
      Golongan Syiah mendakwa Islam bukanlah syarat wajibnya Haji. Perkara ini dinyatakan dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, terjemahan Prof. Madya Dr. Lutpi.Ibrahim hal. 55:
      Ja:fari:  Islam bukanlah syarat wajibnya haji. 
      ULASAN 
      Perkara ini amat bertentangan dengan al-Quran dan hadith. Telah jelas diterangkan di dalam al-Quran surah al-Baqarah ayat 196 yang bermaksud: 
      "Dan sempurnakanlah ibadat Haji dan Umrah kerana Allah',"
      Ayat ini dengan jelas menyatakan perintah Allah kepada orang-orang yang beragama Islam sahaja dan tidak ditujukan orang-orang yang bukan Islam. Sementara hadith Nabi s.a.w. yang bermaksud: 
      "Wahai manusia, ambillah (daripadaku) cara-cara mengerjakan haji kamu, maka sesungguhnya Aku tidak mengetahui kerana berkemungkinan aku tidak dapat lagi mengerjakan haji lagi selepas tahun ini."
      (Riwayat al-Nasai) 
      Hadith ini ditujukan kepada para sahabat Nabi yang beragama Islam sahaja. Sementara hadith yang diriwayatkan oleh Muslim daripada Ibnu Umar ra. katanya Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud, 
      "Islam itu dibina di atas lima perkara iaitu, mengucap dua kalimah syahadah bahawa sesungguhnya tiada tuhan (yang berhak disembah) melainkan Allah dan bahawa sesungguhnya Nabi Muhammad ialah Pesuruh Allah, mendirikan sembahyang, memberi zakat, berpuasa pada bulan Ramadhan dan mengerjakan haji ke Baitullah."
      Jelas hadith di atas menerangkan kepada kita bahawa antara ciri-ciri seorang Islam itu ialah mengerjakan haji, sedangkan mengerjakan ibadat haji bukanlah menjadi amalan orang-orang bukan Islam. Sementara ibadat haji yang dilakukan oleh orang-orang musyrik di zaman Jahilliyyah dahulu adalah dengan cara bertela ' niang. Apakah cara mengerjakan haji seperti itu sesuai diamalkan di zaman sekarang ini dan berhujah mengatakan Islam bukan syarat wajib haji, sedangkan perbuatan seumpama itu tidak diterima Allah dan tidak boleh diterima pakai di zaman ini. Sudah jelas apabila datangnya agama Islam yang dibawa oleh Nabi Muhammad s.a.w., dengan sendirinya amalan-amalan di zaman Jahiliah itu telah ditolak oleh Islam. 
      viii). Wajib Menyapu Kedua Dua Kaki Dan Tidak Memadai Basuh Pada Kedua-Keduanya.
      Golongan Syiah mendakwa wajib menyapu kedua-kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua-duanya. Perkara ini dinyatakan di dalam buku Minhaj Kebenaran Dan Pendedahannya ( Fiqh Lima Mazhab Di antara Nas dan Ijtihad) oleh al-Hasan bin Yusuf al-Mutahhar al-Hulliyy, ter . emahan Prof. Madya Dr. Lutpi Ibrahim hal. 13 - 14: 
      Ja'fari: Wajib menyapu kedua kedua kaki dan tidak memadai basuh pada kedua duanya. Ini juga adalah pendapat sebahagian para sahabat, tabiin seperti Ibn Abbas, Iktimah, Anas, Abu al-Aliyah dan al-Syabi.

      ULASAN

      Pendapat ini adalah bertentangan dengan prinsip Ahli Sunnah Wal Jamaah dan para Qurra' dan Ahli-ahli Tafsir yang muktabar. Jelas dinyatakan di dalarn hadith Nabi bahawa anggota wuduk yang wajib dibasuh termasuklah kaki. Sebagaimana sabda Baginda yang bennaksud, 
      "Dari Humran, bahawa Uthman bin Affan r.a. (minta dibawakan kepadanya) air untuk mengambil wuduk, Ialu ia berwuduk iaitu (mula-mula) ia membasuh kedua tapak tangannya tiga kali, kemudian ia berkumur-kumur dan menyedut air kehidung serta meng-hembuskannya, kemudian ia membasuh mukanya tiga kali, kemudian ia membasuh tangan kanannya meliputi siku tiga kali, kemudian tangan kirinya seperti itujuga, kemudian ia menyapu sedikit dari kepalanya, kemudian ia membasuh kaki kanannya meliputi buku lali tiga kali, kemudian kaki kirinya seperti itu juga. Setelah itu ia (Saidina Uthman) berkata; " Aku melihat Rasuluilah s.a.w. berwuduk, sepertimana wuduk ku itu ."
      (Riwayat Bukhari dan Muslim) 

      SALASILAH IMAM-IMAM SYIAH   

   

Thursday, December 2, 2010

disebalik hijab

Assalamualaikum,kita bertemu lagi dalam sedikit coretan pendapat penulis yang kurang ilmunya ini,diharap sahabat sahabat dapat berkongsi ilmu dengan penulis

sebenarnya,apa yang penulis hendak kongsikan ini ialah sebahagian pendapat penulis tentabg isu yang berlaku sekaerang ini,KOREA UTARA VS KOREA SELATAN..penulis percaya ramai dalam kalangan masyarakat malaysia terkejut dengan peristiwa ini


mari sini penulis menceritakan serba sedikit tentang kronologi serangan korea utara ke atas korea selatan


Serangan artileri Korea Utara ke Korea Selatan membuat suasana di kawasan itu mendadak tegang. Provokasi dari Korut sungguh di luar dugaan.
Sejauh ini, tidak ada pihak di Korsel yang menduga akan mendapatkan bombardir peluru artileri. Seperti dilansir Reuters, Selasa (23/11/2010), provokasi memang dimulai oleh Korut.
Pada sekitar pukul 15.00 waktu Korea, atau 13.00 WIB, Korut tiba-tiba menembakkan artileri ke arah Pulau Yeonpyeong. Tidak lama kemudian, saksi mata melihat bangunan-bangunan di pulau itu terkena serangan bombardir.
Api kemudian langsung membara. Saksi mata mengatakan 60-70 rumah di Yeonpyeong kebakaran akibat serangan artileri.
Sekitar 10 menit kemudian, Korsel langsung membalas serangan artileri. Kedua pihak saling balas bombardir. Sementara saksi mata mengatakan warga Yeonpyeong dievakuasi ke dalam bungker.
Artileri Korut pun melumpuhkan listrik di Pulau Yeonpyeong, dua warga dilaporkan terluka. Asap mulai mengepul tinggi dari rumah-rumah warga. Pihak militer Korsel menyatakan status siaga tinggi.
Kebakaran semakin luas di Pulau Yeonpyeong. Beberapa rumah runtuh setelah terbakar hebat. Jet tempur Korsel langsung diterbangkan ke lokasi. Diperkirakan sudah sekitar 200 peluru artileri menghantam pulau itu.
Pemerintah Korsel langsung menggelar rapat mendadak. Mereka mengatakan akan mengambil tindakan tegas jika Korut melanjutkan provokasi. Namun Presiden Korsel Lee Myung-bak menyerukan upaya untuk meredam aksi saling tembak.
Satu jam berlalu atau sekitar pukul 16.00 waktu Korea, pihak Korsel menyerukan penghentian aksi saling bombardir. Warga Pulau Yeonpyeong mulau diungsikan ke luar pulau dengan perahu nelayan.
Perang bombardir berhenti. Militer Korsel mengumumkan satu tentara tewas, 13 luka-luka termasuk 3 orang luka berat.

sebenarnya,penulis lebih mengharapkan korea utara berjaya menewaskan korea selatan.penulis percaya,mesti ramai dalam kalngan pembaca yang terkejut dengan pendapat penulis ini,tak apa,biar penulis terangkan,mengapa pendapat peribadi penulis berkata demikian,ok,

penulis sebenarnya begitu risaukan pengaruh pengaruh budaya dari korea(korea selatan)yang menjadi kegilaan masyarakat malysia sekarang khususnya remaja.drama korea,feilem korea dan entah apa apa lagi yang bagi penulis tiada faedahnya.sebut aja pelaokon korea(korea selatan)dah tentu ramai yang terer,smpai tahap phd.tapi bila mana kita sebut apakah faktor kerajaan islam jatuh,penulis percaya sudah tentu ramai yang sangkut.sejarah tak best katanya.hem,kalaulah kita tak ambil manfaat dari sejarah,alamatnya,mungkin islam boleh pupus,tengik saja sekarang,ramai yang islam pada nama sahaja

memang benar,korea selatan dan korea utara sama sahaja(kafir)

Akan tetapi, di dalam Islam ada kaedah akhafu darurain(memilih satu di antara dua).

Iaitu memilih satu daripada dua, memilih yang kurang risiko berbanding yang lebih berisiko. Aku bagi satu contoh, di suatu tempat padang pasir umpamanya. Takde makanan, yang ade cume bangkai lembu dan khinzir yang masih hidup la kan. Mana satu yang kita akan pilih di saat darurat seperti itu?

Kedua contoh yang aku sebutkan di atas adalah haram, memang haram mutlaqon. Ikut kaedah, pilihlah bangkai lembu tu sebab ia adalah halal jika dalam keadaan hidup manakala khinzir pulak hidup ke mati memang haram. Itu kalau ada pilihan, tapi kalau tiada pilihan hanya ada khinzir je? Kena makan sekadarnya, mengelakkan daripada maut. Jangan maen sental sampai kenyang. Sebab dalam Islam, wajib bagi kita memelihara nyawa selagi terdaya. Lima maslahah yang diberi rukhsah semasa darurat ialah, maslahah akidah, nyawa, harta, nasab. Akhafu darurain dalam kaedah usul fiqh jugak boleh diambil dari dalil istiqra' tam.

Dalil lain akhafu darurain adalah daripada hadith soheh bukhari(aku tulis dalam bentuk cerita bukan dalam bentuk matan), ada seorang abid yang kencing di atas masjid, Rasulullah SAW melarang para sahabat untuk memukul beliau kerana jika para sahabat memukul beliau sudah tentu abid itu akan berlari bertempiaran dan mengotori seluruh masjid, baiklah dia hanya kencing disitu dan mengotori hanya satu tempat di atas masjid tu.

Jadi, dalam hal ini, diqiaskan kepada situasi hari ini. Lebih baik menyokong Korea Utara untuk memusnahkan Korea Selaran demi mengelakkan gejala sosial di Malaysia lebih teruk kerana budaya pop korea yang dibawa masuk ke dalam Malaysia hari in.

diharap pembaca dapat menilai apa yang penulis cuba smpaikan.waallahuaklam

Wednesday, December 1, 2010

ibu negarakuu

assalamualaikum warahmatullahhiwabarakatuhh

kali ini penulis nak menceritakan serba sedikit tentang ibu negara kita malaysia,kuala lumpur.penulis percaya kebanyakan dari rakyat malaysia sudah tentu telah berjaya melangkah kaki ke sana,penulis akui,kuala lumpur merupakan sebuah bandaraya yang amat cantik,banyak kelengkapan dan banyak pula tempat untuk dilawati.tak perlulah penulis menyenaraikan tempat tempat tersebut,penulis yakin pembaca lenih mengetahuinya dari penulis


sebenarnya,timbul idea untuk menulis tentang ibu negara ini sejak beberapa hari yang lalu,apabila ada seorang sahabat penulis mengirimkan satu video yang amat mengejutkan penulis,tajuknya,ROMANTIKA DI KUALA LUMPUR.penulis percaya,ramai dalam kalangan pembaca yang sudah pon melihat video tersebut,jika belum,jangan risau,penulis ada menyediakannya untuk kita sama sama muhasabah diri




ha,macam mana,dah tengok ke?penulis nak tanya kamu semua,bangsa apa tu yang buat kertja kerja tak senonoh tu?cina?india?tak ada....jawapannya yang buat kerja kerja macam tu adalah bangsa yang sama dengan penulis,MELAYU yang penulis yakin mereka beragama islam..penulis nyata kecewa dengan gelagat muda mudi sekarang ini.dan yang lebih mengecewakan lagi adalah kerana mereka beragama islam.adakah agama islam yang dianutu hanya diamalkan apabila menjelangnya hari raya aidil titri dan aidil adha?
FIKIR FIKIRKANLAH SENDIRI wahai pembaca yang budiman sekaliann

apabila melihat video pasangan ini,penulis teringat lagi satu video,yang mengisahkan pasangan bercinta juga,





ha,macam mana?dah buat perbandinagn belum tentang 2 video pasangan yang hangat bercinta tu,romantik tak...hendak ditelan mati ayah,nak diluah mati anak,begitulah hakikat yang terpaksa ditelan gara gara perbuatan sumbang bangsa sendiri.penulis percaya,masyarakat dunia mesti memandang serong dek perbuatan remaja itu tadi..bukan niat penulis untuk menjatuhkan maruah agama dan bangsa sendirim,tapi fikir fikirkanlah apa yang penulis katakan ini,niat penulis hanyalah untuk menimbulkan kesedaran supaya muda mudi khususnya lebih berfikiran matang dalam melayari kehidupan seharian

dalam hal ini,penulis percaya akibat perbuatan yang tidak bermoral seperti inilah yang membawa kepada gejaya pembuangan bayi yang menjadi buah mulut orang ranai sekarang.bila dah masalah pembuangan bayi berlaku,masing masing mula menyuarakan pendapat,tapi bila orang bercengkerama di kalayak ramai,semua pakat pakat senyap,buat buat tak nampak..kesal sungguh penulis


bila dah masalah pembuangan bayi semakin kritikal,mula nak menyslahkan pendidikan,akhirnya,pendidikan di malaysia mencapai satu lagi transformasi iaituu






nyata,keadaan di tanah air kita kian kritikal,sebagai manusia yang berakal,penulis menyeru pembaca menilai sendiri apa yang berlaku.jangan buat buat tak nampak lagi yamtakot nanti keadaan menjadi lebih parah.jika ada sebarang pendapat,cadangan,kritikan,silalah komen,insyaAllah penulis akan cuba menerima dengan tangan yang terbuka

Sunday, November 28, 2010

kau yang menghilang

*assalamualaikum warah matullah hi wabarakatuh

penulis percaya,setiap orang mempunyai orang mempunyai kawan,dan kawan bagi penulis sering bertambah seiring dengan perjalanan perjalanan hidup ini..dan penulis percaya di sebalik bertambahnya kawan kawan yang baru,dah tentu ada kawan kawan yang dilupakan.sama ada sedar atau tidak,begitulah hakikat YANG TERPAKSA DI TELAN

benar kata pepatah melayu,patah tumbuh hilang berganti,tapi persoalan yang sering bermain di fikiran penulis,adakah pepatah tersebut relevan untuk perkara perkara yang melibatkan persahabatan.dah lama sebenarnya penulis memikirkan persoalan ini.dan dari mulut sahabat penulis macam macam yang dikomenkan.antara komen yang menarik dari seorang kawan penulis,katanya di sebalik keghairahan kita mencari kenalan baru khususnya di alam maya(facebook),adakah kawan kawan kita yang berada di sekeliling kita, kita ambil tahu makan minumnya,dia sihat ke tak...

tercengang penulis mendengarnya.memeng kata kata sahabat tadi ada kebenarannya

kata kata sahabat penulis tadi membuat penulis segera teringatkan wajah wajah yang pernah menjadi kawan kepada penulis.satu persatu datang silih berganti,dari bermulanya penulis di skolah rendah,sekolah menengah dah seterusnya universiti.di manakah ikawan kawan aku ini sekarang ya.adakah masih wujud di alam ini ataupunn.....tak sanggup penulis meneruskan ayat ini

timbul kesedaran baru

bertitik tolak dari saat itu,penulis cuba untuk mencari semula kawan kawan penulis.pelabagai saluran penulis gunakan...internet,tanya kawan kawan dah telefon semua sudah di cuba.biarlah perpaid habis,asalkan tautan ukuah yang sekian lama putus,dapat di bina semula,insyaAllah..

huhu.kusangkakan panas hingga ke petang,kiranya hujan di tengah hari..sikap acuh tak acuh sebahagian teman memang amat mengecewakan.oh kawan,adakah kau lupa,saat kita bersama dahulu,kita sama sama ponteng kelas matematik tambahan,waktu form 4 waktu tu.maklumlah,cikgu yang mengajar kita tu kan baru ja berpindah ke sekolah kita.tak sangka pula kita akan kantoi,haha.masing masing dihadiahkan penumbuk perkenalan dari cikgu tu..terus insaf kita semua.tak ponteng kelas matematik tambahan dah,tapi subjek lain masih lagi ponteng,hehe,kenalan lama semua tu.tepi mungkin agaknya kau lupa saat saat itu

kawan,adakah apabila jarak memisahkan kita,persahabatan kita akan terputus?mengertilah wahai kawan kawanku,aku tahu hidupmu lebih berjaya dariku,tapi adakah disebabkan itu kau memandang aku sebegini rupa.andai aku bersalah sepanjang perkenalan kita,maafkanlah aku,aku hanya insan yang lemah,tidak sempurna sepertimu

di saat ini,penulis percaya nesti ada dalam kalangan pembaca yang pernh mengalami pengalaman yang lebih kurang dengan penulis kan,penulis harap korang semua sudi berkongsi pengalaman korang semua bukan untuk memburukan sesiapa,tetappi sekadar luahan pendapat untuk sama sama kita mengambil iktibar insyaAllah