Thursday, April 28, 2011

PEMUDA YANG IKHLAS DENGAN CINTA




Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masa di perpustakaan. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah novel yang ada bertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu halamannya: “catrina, ikhlas dan perlukan sahabat.”

Setelah pulang ke rumah, dia menulis surat memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian dia menerima balasan. Gadis itu bersetuju berkawan dengannya.

Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada sayang. Namun, mereka masih belum pernah bersua muka. Walaupun begitu, perasaan sayang tetap berbuku di hati.

Suatu hari, si jejaka dipanggil pergi ke medan perang. Dia berasa amat susah hati. Dia bimbang jika tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya. Maka diutuskannya surat berbunyi, “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku membawamu makan malam dan bertemu orang tuaku.”

Maka pergilah dia ke medan perang dengan tenang.

Beberapa bulan kemudian.....

Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi sambil memegang sekuntum mawar merah. Diperhatikannya setiap gadis yang di situ sekiranya ada yang turut memegang mawar merah sepertinya.

Tiba-tiba, dia ternampak seorang gadis agak berisi dan sedikit hitam duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut apabila gadis pujaannya amat berbeza dari imiginasinya, namun dia memberanikan diri menghampirinya.
“catrina?”

Gadis itu tersenyum melihat si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka menghulurkan mawar kepada si gadis dan berkata, “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Mereka tidak sabar untuk bertemu denganmu,” kata jejaka itu.

Si gadis tersenyum lagi dan berkata, “Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku tadi. Dia memintaku memberitahu kamu, dia sedang menunggu kamu di hadapan stesen ini jika kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu.”


__________TAMAT_________
Beberapa ramaikah manusia sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati bukan kepada rupa. Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah catrina. Masihkah lag wujud lelaki seikhlas dan seluhur