Thursday, September 29, 2011

ADAKAH MEREKA PENCURI?

asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat seluruh penduduk alam ini.penulis hari ini tidak mahu menceritakan perkara perkara politik,perkara perkara ekonomi dan juga sejarah

hari ini penulis hanhya mahu berkongsi cerita dengan anda semua,dan juga memohon pendapat,mengenai sesuatu benda yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita.tajuk yang akan penulis ajak pembaca sama sama berfikir ialah mengenai "kabel".kabel yang dimaksudkan penulis bukanlah pencuri pencuri kabel di tiang tiang elektrik ataupun tiang tiang telefon,tetapi kabel yang penulis maksudkan ialah orang yang menggunakan orang dalam ataupun kabel dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya.adakah golongang ini layak digelar dengan gelaran tersebut..

penulis mahu menceritakan 1 kisah yang diceritakan oleh sahabat penulis sendiri bagaimana susahnya memohon bantuan,seolah olah mengemis di tempat sendiri.begini ceritanya,sahabat penulis ingin melanjutkan pelajaran ke luar negeri,dan dia memohon bantuan kewangan di sebuah institusi kerajaan.untuk membolehkan bantuan tersebut diluluskan,pelbagai cabaran perlu diharungi,antara termasuklah menghadiri temuduga.

menurut sahabat penulis lagi,setelah beberapa lama menunggu,sahabat penulis pun menghubungi institusi kewangan tersebut untuk mengetahui status bantuan yang dipohonnya..namun,menurut sahabat penulis,proses tersebut memakan masa yang agak lama,sehinngakan setiap kalai sahabat penulis ini menghubungi institusi tersebut,mereka(orang yang bertugas di institusi tersebut) akan bertanya,nie si folan bin si folan ke?(sahabat penulis),nak membuktikan betapa banyaknya sahabat penulis ini menghubungi institusi tersebut..itu sebenarnya bukannya 1 masalah,yang masalahnya begini

pada suatu hari,sahabat penulis dapat tahu yang senarai orang yang lulus bantuan kewangan tersebut telah diluluskan,lalu dengan semangatnya sahabat penulis ini menghubungi institusi tersebut untuk mengetahui berjayakah dia?nak tahu apa jawapannya?maaf dik,memang nama tu telah keluar tetapi kami tidak dapat mengumumkannya lagi..kenapa pula tidak dapat mengumumkannya..KERANA PENGARAH TIDAK DATANG HARI INI KERANA BERCUTI?terfikirkah anda,sahabat penulis ini sebenarnya memohon bantuan dari siapa?duit pengarah institusi tersebut atau duit rakyat yang telah diamanahkan oleh mereka.amanakah kmereka dengan berkelakuan sebegini,sama sama fikirkannya

setahun kemudian,ceritanya masih sama,di institusi yang sama,cuma pelakonnya sahaja yang berbeza.sekiranya dahulu kita dapat melihat bagaimana susahnya sahabat penulis meomohon bantuan,kali ini penulis nak tunjukkan 1 keajaiban bila mana menggunakan orang dalam atau kabel ini..

diceritakan dari sahabat penulis(sahabat yang baru kenal kerana dia juga memohon bantuan dari institusi tadi)cerita yang dibawa oleh penulis ialah 1 cerita yang insyaAllah sanadnya sahih..seperti tahun lepas,jumlah yang akan diluluskan oleh institusi tersebut ialah kira kira 10 orang,dan terdapat sebilangan calon calon yang mengguanakan kabel (orang dalam) untuk melayakan diri mereka berjaya.yang menimbulkan persoalan dan ketidakpuashatian calon calon lain (calon yang tidak mengguanakan orang dalam) ialah semua mereka yang menggunakan kabel,ALHAMDULILLAH,SEMUANYA DAPAT BANTUAN.

agaknya duit yang telah diamanahkan tu digunakan untuk kepentingan peribadi gamaknya,tidak amanah,boleh dikatakan orang yang sealiran akan mendapat bantuan tersebut,sedangkan wang tersebut bukannya wang warisan keluarga mereka,tetapi wang rakyat,tidakkah mereka rasa bersalah dengan sifat tidak amanah mereka tu telah membunuh hasrat orang lain untuk belajar?dan yang lebih penting,kerana sifat tidak amanah mereka tu jugalah telah menjadikan imej islam tercalar,wallahuaqlam

Friday, September 9, 2011

TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH????

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,dan salam sejahtera kepada anda semua yang terus bersama saya dalam sedikit coretan arena politik tanah air

saya percaya rata rata rakyat Malaysia pernah belajar sejarah,iaitu matapelajaran yang paling membosankan bagi kebanyakan pelajar,tetapi bagi saya,sejarah adalah satu matapelajaran yang begitu menyeronokkan kerana saya dapat belajar tentang erti ketamadunan dalam sesebuah negara

saya terpanggil umtuk menulis kali ini apabila terbaca 1 ruangan dalam malayisakini apabila seorang yang bergelar profesor dan juga ahli sejarawan membuat kenyataan "TANAH MELAYU TAK PERNAH TERJAJAH"(http://www.malaysiakini.com/news/175301).persoalan yang ingin saya timbulkan disini,mengapa zainal kling yang konon kononnya seorang ahli sejarah berani melontarkan kata kata yang saya kira cuba untuk memutarbelitkan fakta sejarah..

mengikut zainal keling,tanah melayu sebenarnya tidak pernah dijajah,tetap cuma dinaungi sahaja.sekiranya saya berpeluang untuk bersemuka dengan zainal keling,saya ingin bertanya kepadanya,apakah yang dimaksudkan dengan dinaungi dan apa pula yang dimaksudkan dengan dijajah?mengikt kamus dewan edisi keempat,dinaungi membawa maksud suatu tempat perlindungan(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dinaungi)manakala perkataan dijajah pula membawa maksud menakhluk dan memerintah suatu negeri atau kawasan(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dijajah)sekarang sudah nampakkan perbezaan dua perkataan ini,agaknya bagi zainal keling,bila portugis,belanda,jepun dan british datang tanah melayu,mereka tidak memerintah tanah melayu,kalau tidak memerintah,apa itu residen british?apa jawatan yang pernah frank swetteham pegang di tanah melayu?lain kali zainal keling,kalau hendak memberikan komen,perlulah anda meneliti maksud dulu,mungkin anda pakar sejarah,tapi anda bukan pakar bahasa melayu..

mengikut kata zainal keling lagi,dalam perjanjian pangkor 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.wow wow wow.kelakar sungguh saya rasa bila membaca kenyataan ini.persoalan yang ingin saya timbulkan disini ialah untuk apakah perjanjian pangkor ditandatangani?adakah kerana niat murni british untuk membantu Raja MUda Abdullah dalam membangunkan Perak?ataupun menguasai kekayaan bijih timah di larut?sekinya british ingin memberi kemajuan di atas negeri perak,mana buktinya?saya berharap zainal keling dapat menjelaskannya kepada saya kerana saya ni bukanlah seorang yang bergelah pakar sejarawan sepertinya.apa yang saya nampak dalam perjanjian ini tidak lain tidak bukan ialah british terus menguasai kekayaan bijih timah,yang rugi ialah orang melayu..

saya akui,penjajahan merupakan satu detik yang pahit bagi kita,tetapi kita terpaksa menelannya juga,seperti kata bidalan melayu,ditelan mati emak,diluah mati bapa.apa yang perlu dilakukan ialah terus berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan,bukannya mengelirukan fakta.

assalamualaikum,maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang menulis