Friday, September 9, 2011

TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH????

assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,dan salam sejahtera kepada anda semua yang terus bersama saya dalam sedikit coretan arena politik tanah air

saya percaya rata rata rakyat Malaysia pernah belajar sejarah,iaitu matapelajaran yang paling membosankan bagi kebanyakan pelajar,tetapi bagi saya,sejarah adalah satu matapelajaran yang begitu menyeronokkan kerana saya dapat belajar tentang erti ketamadunan dalam sesebuah negara

saya terpanggil umtuk menulis kali ini apabila terbaca 1 ruangan dalam malayisakini apabila seorang yang bergelar profesor dan juga ahli sejarawan membuat kenyataan "TANAH MELAYU TAK PERNAH TERJAJAH"(http://www.malaysiakini.com/news/175301).persoalan yang ingin saya timbulkan disini,mengapa zainal kling yang konon kononnya seorang ahli sejarah berani melontarkan kata kata yang saya kira cuba untuk memutarbelitkan fakta sejarah..

mengikut zainal keling,tanah melayu sebenarnya tidak pernah dijajah,tetap cuma dinaungi sahaja.sekiranya saya berpeluang untuk bersemuka dengan zainal keling,saya ingin bertanya kepadanya,apakah yang dimaksudkan dengan dinaungi dan apa pula yang dimaksudkan dengan dijajah?mengikt kamus dewan edisi keempat,dinaungi membawa maksud suatu tempat perlindungan(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dinaungi)manakala perkataan dijajah pula membawa maksud menakhluk dan memerintah suatu negeri atau kawasan(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dijajah)sekarang sudah nampakkan perbezaan dua perkataan ini,agaknya bagi zainal keling,bila portugis,belanda,jepun dan british datang tanah melayu,mereka tidak memerintah tanah melayu,kalau tidak memerintah,apa itu residen british?apa jawatan yang pernah frank swetteham pegang di tanah melayu?lain kali zainal keling,kalau hendak memberikan komen,perlulah anda meneliti maksud dulu,mungkin anda pakar sejarah,tapi anda bukan pakar bahasa melayu..

mengikut kata zainal keling lagi,dalam perjanjian pangkor 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.wow wow wow.kelakar sungguh saya rasa bila membaca kenyataan ini.persoalan yang ingin saya timbulkan disini ialah untuk apakah perjanjian pangkor ditandatangani?adakah kerana niat murni british untuk membantu Raja MUda Abdullah dalam membangunkan Perak?ataupun menguasai kekayaan bijih timah di larut?sekinya british ingin memberi kemajuan di atas negeri perak,mana buktinya?saya berharap zainal keling dapat menjelaskannya kepada saya kerana saya ni bukanlah seorang yang bergelah pakar sejarawan sepertinya.apa yang saya nampak dalam perjanjian ini tidak lain tidak bukan ialah british terus menguasai kekayaan bijih timah,yang rugi ialah orang melayu..

saya akui,penjajahan merupakan satu detik yang pahit bagi kita,tetapi kita terpaksa menelannya juga,seperti kata bidalan melayu,ditelan mati emak,diluah mati bapa.apa yang perlu dilakukan ialah terus berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan,bukannya mengelirukan fakta.

assalamualaikum,maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang menulis

No comments:

Post a Comment