Saturday, July 23, 2011

keranamu politik





Sedang asyik melayari FB, tiba-tiba terlihat satu page yang baru ditubuhkan iaitu "Kami Mahu Rancangan Adik & Quran Ust Zamri di TV9 diteruskan". Dengan pantas, saya cuba mengesan maklumat mengenai program ini. Ternyata ianya diberhentikan buat sementara waktu berdasarkan page rasmi rancangan tersebut "Adik & Al-Quran" yang menyatakan "Salam semua , rancangan kegemaran ramai Adik & al-Quran terhenti buat sementara atas sebab-sebab tertentu . Harap Maklum (:"

Soalnya kenapa ianya diberhentikan @ terhenti? Adakah kerana gambar Ust Zamri Zainuldin menghadiri Bersih 2.0 tersebar dengan meluas dalam internet tempoh hari? Apa-apapun, TV9 masih belum menjelaskan sebab musababnya. Politik adalah politik, kerjaya adalah kerjaya. Tidak pernah lagi dengar Ust Zamri berceramah politik dalam rancangan tersebut.  


Rancangan baik perlulah diteruskan, bukannya dihentikan. Sebaliknya rancangan maksiat & hiburan tidak pula disekat, malah digalakkan pula. Astaghfirullah.


Kepada rakan-rakan yang menyokong, ayuh LIKE page ini. Tanda sokongan kita kepada Ustaz Zamri dan juga tanda sokongan kita kepada program-program ilmiah seperti ini supaya ianya diteruskan.

No comments:

Post a Comment