asalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera buat seluruh penduduk alam ini.penulis hari ini tidak mahu menceritakan perkara perkara politik,perkara perkara ekonomi dan juga sejarah
hari ini penulis hanhya mahu berkongsi cerita dengan anda semua,dan juga memohon pendapat,mengenai sesuatu benda yang tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita.tajuk yang akan penulis ajak pembaca sama sama berfikir ialah mengenai "kabel".kabel yang dimaksudkan penulis bukanlah pencuri pencuri kabel di tiang tiang elektrik ataupun tiang tiang telefon,tetapi kabel yang penulis maksudkan ialah orang yang menggunakan orang dalam ataupun kabel dalam usaha untuk mendapatkan sesuatu yang dihajatinya.adakah golongang ini layak digelar dengan gelaran tersebut..
penulis mahu menceritakan 1 kisah yang diceritakan oleh sahabat penulis sendiri bagaimana susahnya memohon bantuan,seolah olah mengemis di tempat sendiri.begini ceritanya,sahabat penulis ingin melanjutkan pelajaran ke luar negeri,dan dia memohon bantuan kewangan di sebuah institusi kerajaan.untuk membolehkan bantuan tersebut diluluskan,pelbagai cabaran perlu diharungi,antara termasuklah menghadiri temuduga.
menurut sahabat penulis lagi,setelah beberapa lama menunggu,sahabat penulis pun menghubungi institusi kewangan tersebut untuk mengetahui status bantuan yang dipohonnya..namun,menurut sahabat penulis,proses tersebut memakan masa yang agak lama,sehinngakan setiap kalai sahabat penulis ini menghubungi institusi tersebut,mereka(orang yang bertugas di institusi tersebut) akan bertanya,nie si folan bin si folan ke?(sahabat penulis),nak membuktikan betapa banyaknya sahabat penulis ini menghubungi institusi tersebut..itu sebenarnya bukannya 1 masalah,yang masalahnya begini
pada suatu hari,sahabat penulis dapat tahu yang senarai orang yang lulus bantuan kewangan tersebut telah diluluskan,lalu dengan semangatnya sahabat penulis ini menghubungi institusi tersebut untuk mengetahui berjayakah dia?nak tahu apa jawapannya?maaf dik,memang nama tu telah keluar tetapi kami tidak dapat mengumumkannya lagi..kenapa pula tidak dapat mengumumkannya..KERANA PENGARAH TIDAK DATANG HARI INI KERANA BERCUTI?terfikirkah anda,sahabat penulis ini sebenarnya memohon bantuan dari siapa?duit pengarah institusi tersebut atau duit rakyat yang telah diamanahkan oleh mereka.amanakah kmereka dengan berkelakuan sebegini,sama sama fikirkannya
setahun kemudian,ceritanya masih sama,di institusi yang sama,cuma pelakonnya sahaja yang berbeza.sekiranya dahulu kita dapat melihat bagaimana susahnya sahabat penulis meomohon bantuan,kali ini penulis nak tunjukkan 1 keajaiban bila mana menggunakan orang dalam atau kabel ini..
diceritakan dari sahabat penulis(sahabat yang baru kenal kerana dia juga memohon bantuan dari institusi tadi)cerita yang dibawa oleh penulis ialah 1 cerita yang insyaAllah sanadnya sahih..seperti tahun lepas,jumlah yang akan diluluskan oleh institusi tersebut ialah kira kira 10 orang,dan terdapat sebilangan calon calon yang mengguanakan kabel (orang dalam) untuk melayakan diri mereka berjaya.yang menimbulkan persoalan dan ketidakpuashatian calon calon lain (calon yang tidak mengguanakan orang dalam) ialah semua mereka yang menggunakan kabel,ALHAMDULILLAH,SEMUANYA DAPAT BANTUAN.
agaknya duit yang telah diamanahkan tu digunakan untuk kepentingan peribadi gamaknya,tidak amanah,boleh dikatakan orang yang sealiran akan mendapat bantuan tersebut,sedangkan wang tersebut bukannya wang warisan keluarga mereka,tetapi wang rakyat,tidakkah mereka rasa bersalah dengan sifat tidak amanah mereka tu telah membunuh hasrat orang lain untuk belajar?dan yang lebih penting,kerana sifat tidak amanah mereka tu jugalah telah menjadikan imej islam tercalar,wallahuaqlam
SEMaKIN BESAR PERIUK,MAKIN BESARLAH KERAKNYA
Thursday, September 29, 2011
Friday, September 9, 2011
TANAH MELAYU TIDAK PERNAH DIJAJAH????
assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh,dan salam sejahtera kepada anda semua yang terus bersama saya dalam sedikit coretan arena politik tanah air
saya percaya rata rata rakyat Malaysia pernah belajar sejarah,iaitu matapelajaran yang paling membosankan bagi kebanyakan pelajar,tetapi bagi saya,sejarah adalah satu matapelajaran yang begitu menyeronokkan kerana saya dapat belajar tentang erti ketamadunan dalam sesebuah negara
saya terpanggil umtuk menulis kali ini apabila terbaca 1 ruangan dalam malayisakini apabila seorang yang bergelar profesor dan juga ahli sejarawan membuat kenyataan "TANAH MELAYU TAK PERNAH TERJAJAH"(http://www.malaysiakini.com/news/175301).persoalan yang ingin saya timbulkan disini,mengapa zainal kling yang konon kononnya seorang ahli sejarah berani melontarkan kata kata yang saya kira cuba untuk memutarbelitkan fakta sejarah..
mengikut zainal keling,tanah melayu sebenarnya tidak pernah dijajah,tetap cuma dinaungi sahaja.sekiranya saya berpeluang untuk bersemuka dengan zainal keling,saya ingin bertanya kepadanya,apakah yang dimaksudkan dengan dinaungi dan apa pula yang dimaksudkan dengan dijajah?mengikt kamus dewan edisi keempat,dinaungi membawa maksud suatu tempat perlindungan(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dinaungi)manakala perkataan dijajah pula membawa maksud menakhluk dan memerintah suatu negeri atau kawasan(http://prpm.dbp.gov.my/Search.aspx?k=dijajah)sekarang sudah nampakkan perbezaan dua perkataan ini,agaknya bagi zainal keling,bila portugis,belanda,jepun dan british datang tanah melayu,mereka tidak memerintah tanah melayu,kalau tidak memerintah,apa itu residen british?apa jawatan yang pernah frank swetteham pegang di tanah melayu?lain kali zainal keling,kalau hendak memberikan komen,perlulah anda meneliti maksud dulu,mungkin anda pakar sejarah,tapi anda bukan pakar bahasa melayu..
mengikut kata zainal keling lagi,dalam perjanjian pangkor 1874, tidak pernah tercatat dalam perjanjian itu bahawa negeri akan dijajah, sebaliknya hanya dilindungi atau dinaungi.wow wow wow.kelakar sungguh saya rasa bila membaca kenyataan ini.persoalan yang ingin saya timbulkan disini ialah untuk apakah perjanjian pangkor ditandatangani?adakah kerana niat murni british untuk membantu Raja MUda Abdullah dalam membangunkan Perak?ataupun menguasai kekayaan bijih timah di larut?sekinya british ingin memberi kemajuan di atas negeri perak,mana buktinya?saya berharap zainal keling dapat menjelaskannya kepada saya kerana saya ni bukanlah seorang yang bergelah pakar sejarawan sepertinya.apa yang saya nampak dalam perjanjian ini tidak lain tidak bukan ialah british terus menguasai kekayaan bijih timah,yang rugi ialah orang melayu..
saya akui,penjajahan merupakan satu detik yang pahit bagi kita,tetapi kita terpaksa menelannya juga,seperti kata bidalan melayu,ditelan mati emak,diluah mati bapa.apa yang perlu dilakukan ialah terus berusaha untuk mengekalkan kemerdekaan,bukannya mengelirukan fakta.
assalamualaikum,maaf sekiranya ada salah dan silap sepanjang menulis

Saturday, July 23, 2011
keranamu politik
Sedang asyik melayari FB, tiba-tiba terlihat satu page yang baru ditubuhkan iaitu "Kami Mahu Rancangan Adik & Quran Ust Zamri di TV9 diteruskan". Dengan pantas, saya cuba mengesan maklumat mengenai program ini. Ternyata ianya diberhentikan buat sementara waktu berdasarkan page rasmi rancangan tersebut "Adik & Al-Quran" yang menyatakan "Salam semua , rancangan kegemaran ramai Adik & al-Quran terhenti buat sementara atas sebab-sebab tertentu . Harap Maklum (:"
Soalnya kenapa ianya diberhentikan @ terhenti? Adakah kerana gambar Ust Zamri Zainuldin menghadiri Bersih 2.0 tersebar dengan meluas dalam internet tempoh hari? Apa-apapun, TV9 masih belum menjelaskan sebab musababnya. Politik adalah politik, kerjaya adalah kerjaya. Tidak pernah lagi dengar Ust Zamri berceramah politik dalam rancangan tersebut.
Rancangan baik perlulah diteruskan, bukannya dihentikan. Sebaliknya rancangan maksiat & hiburan tidak pula disekat, malah digalakkan pula. Astaghfirullah.
Kepada rakan-rakan yang menyokong, ayuh LIKE page ini. Tanda sokongan kita kepada Ustaz Zamri dan juga tanda sokongan kita kepada program-program ilmiah seperti ini supaya ianya diteruskan.
Wednesday, May 25, 2011
lama kot
Bukan sedikit lelaki yang kahwin lambat hari ini. Agaknya mengapa? Saya ingin berikan suatu contoh.
Katakanlah anda adalah seorang lelaki berumur 23 tahun yang baru tamat pengajian dan bekerja sebagai seorang pegawai.
Gaji bulanan adalah RM 2000 dan anda tidak mempunyai simpanan di dalam bank.
Setiap bulan, katakanlah perbelanjaan makanan, pengangkutan, bil-bil, sewa rumah dan perbelanjaan lain adalah RM 1200.
Kemudian, sebagai anak yang baik, anda mengirimkan wang ke kampung sebanyak RM 300. Maka baki bulanan adalah RM 500.
Berbekalkan disiplin dalam menyimpan duit untuk masa depan, mungkin anda dapat menyimpan duit sebanyak RM 5000 setahun.
Setahun berlalu, anda berumur 24 tahun. Dengan izin Allah, anda berkenalan dengan seorang gadis impian.
Masing-masing telah merancang untuk berkahwin dalam masa setahun atau dua tahun lagi.
Maka, anda berazam untuk menyediakan kemudahan asas seperti rumah dan kereta sebelum berkahwin.
Anda pun bekerja keras dan mendapat kenaikan gaji sebanyak 10%.
Dibesarkan dengan famili yang sungguh baik, anda menjadi seorang yang 'gentlemen'.
Semua perbelanjaan untuk 'dating', hadiah, bunga dan seumpamanya sudah pun disediakan awal-awal. 10% telah pun diperuntukkan untuk si dia.
Seperti tahun sebelumnya, setelah bersusah payah makan mee segera untuk berjimat, anda berjaya mengekalkan RM 5000 sebagai simpanan tahunan.
Malah, syarikat pula memberikan bonus sebanyak 2 bulan pada tahun tersebut. Maka bertambah lagi RM 4000 dalam simpanan. Kini anda memiliki RM 14,000 dalam simpanan bank.
Sudah tiba masanya untuk membeli kereta. Maka anda membayar RM8000 sebagai bayaran permulaan untuk kereta baru yang berharga RM 40,000.
Kini simpanan bersih anda hanya tinggal RM 6000.
Tahun berikutnya, ketika berumur 25 tahun, anda perlu membayar pinjaman kereta setiap bulan. Hal ini bermakna, simpanan bulanan hanya tinggal RM 400 sebulan.
Bonus pula tidak diberi oleh syarikat kerana prestasi syarikat kurang baik pada tahun itu. Maka, jumlah simpanan semasa hujung tahun adalah RM 11,000 sahaja.
Bertunang
Akhirnya anda membuat keputusan untuk bertunang dengan gadis impian. Dia gembira dan bersetuju.
Maka, RM 1500 dibelanjakan untuk cincin emas dan hantaran. Simpanan kini hanya tinggal RM 9500.
Tahun seterusnya, anda berumur 26 tahun. Alhamdulillah, anda diberi kenaikan pangkat. Gaji anda sekarang RM3000.
"Ini berita baik! Aku nak menamatkan zaman bujang tahun ni!" Anda bersorak girang.
Pada suatu hari, anda mengambil cuti separuh hari untuk berbincang dengan tunang.
Anda : "Berape eh hantaran kahwin kita?"
Tunang : "Berapa-berapa yang you sanggup."
Anda : "RM 5000, okay?"
Tunang : "I okay je. Tapi my mom tu. Dia kata grad oversea macam I ni mane boleh letak rendah-rendah. Paling kurang RM10,000 tau!"
Sikit lagi anda nak pengsan mendengar jawapan bakal isteri anda.
"Mana aku nak dapat duit lebih?"
Kerja Lebih Kuat
Oleh kerana anda terlalu sayangkan dia, anda bekerja dengan lebih kuat sehingga dianugerahkan pekerja cemerlang. Malah, anda menambahkan pendapatan melalui perniagaan jualan langsung secara kecil-kecilan.
Akhirnya dapat la anda simpan RM20,000 pada tahun tersebut.
Suatu pencapaian yang amat membanggakan!
Sekarang umur anda sudah 27 tahun. Duit hantaran dah cukup. Tetapi, mak pula cakap pesan :
"Anak mak nak kawin ni mesti la buat grand-grand. Kita sewa khemah besar-besar, jemput penyanyi ke artis ke sorang dua datang buat persembahan. Lauk pauk kita guna katering je la ya? RM 10 je sekepala. Baju kawin ko, kita sewa yg cantik-cantik dan mahal-mahal sikit. Kita jemput dalam 1000 orang. Set!"
Pengiraan pantas dijalankan :
1000 orang x RM 10 = RM10,000.
Penyanyi, khemah, kad kahwin dan baju = RM 5000.
"Alamak, dah RM 15,000! Belum cincin kahwin lagi! Adoi!" Getus hati anda.
Anda 'slow talk' dengan mak anda :
"Mak, nak buat apa membazir duit ni?"
"Apa pulak membazirnya? Kau kawin sekali je seumur hidup. Biarlah buat betul-betul."
"Tapi mak..?"
"Dahlah, kau jangan nak buat malu mak. Cik Tipah jiran kita tu buat kenduri kat hotel siap Dato', Datin, Tan Sri, Puan Sri datang. Mana la mak nak letak muka mak kalau kita buat kenduri kecik-kecik?"
Akhirnya..
Setelah bersusah payah, akhirnya anda berkahwin juga. Fuh! Seronok dan bersyukur habis.
Tetapi, apakan daya, jodoh kamu berdua tidak panjang. Anda berhutang keliling pinggang dan kadar 'interest' makin tinggi. Anda dah tak mampu nak bayar.
Isteri kesayangan dah letih kalau anda asyik nak minta duit. Dia tuduh anda tak bertanggungjawap, tak reti bagi nafkah dan macam-macam lagi.
Akhirnya? Bercerai..
Masalah yang membuahkan masalah. Kadang-kadang kita pelik kenapa perkahwinan sentiasa gagal di negara kita.
Contoh yang saya huraikan di atas adalah salah satu contoh kasar yang boleh dilihat, kenapa orang kita kahwin lambat atau susah nak kahwin.
Punca masalah:
Pada pandangan saya, budaya kita yang tak kena tempat. Banyak perkara dalam budaya kita yang tidak masuk akal dan kadangkala meyusahkan diri sendiri.
Budaya yang berakar umbi ini menyebabkan ramai orang takut nak berkahwin, dengan alasan mereka tidak mampu walaupun secara fizikal dan mentalnya mereka sebenarnya mampu.
Sedikit pemerhatian dan penyelidikan yang saya lakukan:
01.Perkahwinan perlu dilakukan secara bersederhana.Motif kahwin kan nak menjamu saudara-mara dan rakan-rakan? Jadi, makanan sahaja lah yang perlu diambil kira.
Tak perlu nak membazir duit untuk perkara lain seperti pelamin.
Biasanya, pelamin yang biasa sahaja pun dah berharga RM 1500. Itu baru pelamin. Belum lagi hiasan ini dan hiasan itu.
02."Harga" seseorang wanita diukur dari tahap pendidikan beliau dan bukan diukur dari pengetahuan agama seperti yang di sarankan oleh Islam.
Apabila wang hantaran diletakkan terlalu tinggi, perkahwinan terpaksa dibatalkan atau ditangguhkan. Sedangkan akad nikah itu lebih penting dari wang hantaran.
03.Perkahwinan sepatutnya adalah perkara yang paling mudah dan cepat, tetapi kini ia telah menjadi beban.
Zaman kini, perkahwinan sangat rumit dan rata-ratanya takut untuk berkahwin.
Semasa saya di Sydney, saya lihat beberapa rakan muslim kita yang berkahwin hanya di masjid.
Kemudian ada kenduri kecil yang dijalankan di masjid.
Para jemputan terdiri dari jemmah masjid, kawan-kawan dan saudara terdekat.
Perkara yang perlu difokuskan adalah kehidupan selepas berkahwin, bukannya majlis perkahwinan.
Majlis itu hanyalah pintu ke gerbang perkahwinan.
Namun hakikatnya kini seolah-olah kita menghiasi pintu rumah kita cantik bagai nak rak, tetapi di dalam rumah, kosong, gelap dan tidak menarik?
...and the pressure is on men...

Thursday, April 28, 2011
PEMUDA YANG IKHLAS DENGAN CINTA
Pada zaman dahulu, ada seorang jejaka yang sangat suka membaca dan selalu menghabiskan masa di perpustakaan. Dia amat suka membaca novel dan buku cerita. Pada suatu hari, dia terjumpa sebuah novel yang ada bertulis nama dan alamat seorang gadis di salah satu halamannya: “catrina, ikhlas dan perlukan sahabat.”
Setelah pulang ke rumah, dia menulis surat memberitahu niat ingin berkawan dengan gadis itu. Beberapa hari kemudian dia menerima balasan. Gadis itu bersetuju berkawan dengannya.
Hari bertukar minggu dan minggu bertukar bulan. Persahabatan mula bertukar kepada sayang. Namun, mereka masih belum pernah bersua muka. Walaupun begitu, perasaan sayang tetap berbuku di hati.
Suatu hari, si jejaka dipanggil pergi ke medan perang. Dia berasa amat susah hati. Dia bimbang jika tidak dapat berjumpa dengan gadis kesayangannya. Maka diutuskannya surat berbunyi, “Kalau Allah panjangkan jodoh kita, dan andai kamu masih sayang padaku, kita berumpalah di stesen keretapi pada hari perang diumumkan tamat nanti. Aku akan memakai pakaian tenteraku dan membawa sekuntum mawar merah. Aku akan mengenali kamu sekiranya kamu juga memegang sekuntum bunga mawar merah. Setelah itu izinkan aku membawamu makan malam dan bertemu orang tuaku.”
Maka pergilah dia ke medan perang dengan tenang.
Beberapa bulan kemudian.....
Pada hari pengumuman perang tamat, si jejaka pergi ke stesen keretapi sambil memegang sekuntum mawar merah. Diperhatikannya setiap gadis yang di situ sekiranya ada yang turut memegang mawar merah sepertinya.
Tiba-tiba, dia ternampak seorang gadis agak berisi dan sedikit hitam duduk di kerusi roda sambil melihat sekeliling seolah-olah mencari seseorang. Kakinya kudung dan tangannya cacat sebelah. Sebelah lagi tangannya memegang sekuntum mawar merah. Si jejaka sangat terkejut apabila gadis pujaannya amat berbeza dari imiginasinya, namun dia memberanikan diri menghampirinya.
“catrina?”
Gadis itu tersenyum melihat si jejaka dan tersenyum ceria. Si jejaka menghulurkan mawar kepada si gadis dan berkata, “Aku amat merinduimu. Terimalah bunga ini dan pelawaan ku untuk makan malam bersama ibu bapaku. Mereka tidak sabar untuk bertemu denganmu,” kata jejaka itu.
Si gadis tersenyum lagi dan berkata, “Aku tidak tahu apa yang terjadi. Tetapi ada seorang gadis cantik jelita memberikan bunga ini kepadaku tadi. Dia memintaku memberitahu kamu, dia sedang menunggu kamu di hadapan stesen ini jika kamu mempelawaku makan malam dan bertemu orang tuamu.”
__________TAMAT_________
Beberapa ramaikah manusia sesuci hati jejaka ini? Dia melihat kepada hati bukan kepada rupa. Dia mengotakan janjinya dan tetap berpegang kepada perasaan sayang walaupun pada mulanya dia menjangkakan gadis cacat itu adalah catrina. Masihkah lag wujud lelaki seikhlas dan seluhur
Wednesday, March 16, 2011
surat lagi
Rentetnya Surat Terbuka Buat Rosmah Mansur
Assalamualaikum Datin Seri Rosmah Mansur, isteri PM Datuk Seri Najib Razak,
Datin, ini adalah rentetan dari "Surat Terbuka untuk Datin Seri Rosmah Mansor" yang dinukilkan adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini. Baru berusia 19 tahun adik ni, Datin Seri.
Iya, Datin Seri. Sepertimana Muhammad Muizzuddin bin Zaini, saya tidak ingin menghina atau menjatuhkan kredibiliti Datin Seri sebagai FIRST LADY OF MALAYSIA. Tujuan saya hanya menegur dan membetulkan apa yang silap. Saya rakyat bawahan. Berpendapatan sekadar cukup makan sebagai seorang lelaki yang punya tanggungjawab kepada keluarga.
Tidak aktif dalam politik. Cuma mendaftar sebagai ahli UMNO, parti yang saya percaya boleh menyatukan dan menyatakan hasrat golongan bawahan. Saya petik kata-kata dalam buku Tan Sri Zainudin Maidin (Buku "Surat Dari Mahathir) "UMNO adalah parti orang kampung". Dalam maksudnya Datin Seri. Banyak perkara yang ingin saya sentuh, namun dengan rendah diri saya ringkaskan kata-kata dan mencoretkannya seindah bahasa agar naluri Datin Seri tersentuh dan sedar apa yang silap apa yang benar.
1. Belas Ihsan.
Dalam PROJEK PERMATA NEGARA yang Datin Seri selaku penaungnya dengan nilai suntikan RM 111 M itu salah berharga. Bukan saya tidak hargai, cuma sedikit terkilan. Apakah perintis projek ni hanya harus didatangkan dari Kuala Lumpur? Mana negeri-negeri lain? Saya kira, kalau hendak dirintis Sabah Sarawak haruslah jadi keutamaan. Mereka berada diceruk penghujung. Tidak cukup kemudahan. Bayangkan seandainya RM111 juta itu diberikan bantuan kepada pelajar-pelajar bumiputera dan pelajar-pelajar miskin di Institusi Pengajian Tinggi (IPT) atau paling tidak menyara rakan-rakan yang menyambung pengajian di luar negara.
Paling koman, menaja sekolah-sekolah pondok di Malaysia yang rata-ratanya menghantar pelajar tahfiz mereka ke merata tempat untuk meminta sedekah. Ini realiti Datin Seri! Malu imej Islam! Pemimpin Islam beribu orang kaya, mampu, takkan sekelumit pun tiada ihsan di hati untuk membantu sesama Islam?
2. First Lady Of Malaysia.
Saya tidak salahkan Datin Seri mahu bergelar apa sekalipun dengan sehebat-hebat gelaran dunia. Tidak! Ianya tiada nilai melainkan gelak ketawa yang sinis. Sindiran, Datin Seri.
Beberapa malam lalu, saya menghadiri kuliah Maghrib berhampiran kediaman saya di Setiawangsa. Antara intipati penceramah malam itu, ALLAH menghina ciptaanNya dengan sehina-hina darjat, dan bilamana ALLAH berikan kasih sayangNya ciptaanNya itu dipanggil denga semulia-mulia darjat. Datin Seri ingat pada Abi Lahab? Ingat ayat Al-Quran yang berbunyi "tabbadyada ya abi lahab..." (celakalah kedua-dua belah tangan abi lahab!) Ingat tak Datin Seri?
Kalau tidak ingat, mari saya ingatkan Datin Seri kepada Tun Dr. Siti Hasmah Mohd Ali. Saya panggil kepadanya "serikandi". Selama 22 tahun, suaminya Tun Dr. Mahathir menerajui Malaysia ada pernah kita melihat Tun Dr. Siti Hasmah menyaingi populariti Tun Dr. Mahathir? Tidak pernah! Ini kenyataan. Tun Dr. Siti Hasmah cuma berada dibelakang Tun Dr. Mahathir. Sehinggakan pembangkang tidak ada isu yang mahu dikaitkan dengan beliau.
Pembangkang yang bangang sahaja memburuk-burukkan Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau hanya muncul menggosok lembut belakang Dr. Mahathir bilamana Tun Dr. Mahathir sebak ketika membacakan sajak "Perjuangan Yang Belum Selesai". Ribuan mata menjadi saksi, lensa pemberita merakam detik itu. Tapi, Datin Seri?
Seboleh-bolehnya rakyat melihat Datin Seri seolah-olah King of the Kings. Berada di depan Datuk Seri Najib. Rakyat rimas. Jelek. Ini suara bawahan Datin Seri. Saya bercerita dengan seorang pengiring Menteri Kanan kepada kabinet Datuk Seri Najib sendiri. Menteri Kanan itu sendiri rimas. Mungkin kerana rumahtangga. Maaflah, yang itu saya tamatkan. Saya sendiri masih bertatih mempelajari ilmu kerumahtanggaan.
3. Kenyataan Masjid MACMA.
Datin Seri, tatkala saya mencoret tulisan ini, saya terbayang teringatkan kepada peristiwa 28 Febuari lalu. Peristiwa di mana Datin Seri merasmikan Masjid MACMA (Persatuan Cina Muslim Malaysia) bercirikan reka bentuk Cina yang bakal dibina di ibu negara. Kata Datin Seri, "berpotensi menarik kedatangan pelancong ke negara ini".
Datin Seri, kalaulah niat itu (menarik pelancong) untuk mendirikan masjid baik tak payah. Seorang Islam dengan bangga mendirikan masjid hanya untuk menarik pelancong. Datin Seri harus sedar sebagai isteri kepada pemimpin No.1; kenyataan seperti itu tidak harus keluar dari mulut Datin Seri. Jika hari ni, masjid didirikan untuk menarik pelancong what will in the next 5 or 10 years? Silap haribulan masjid hanya menjadi kawasan mencuci tapak kaki! Hina tak hina Datin Seri?

Datin Seri tahu apa peranan masjid ketika Zaman Rasullullah SAW? Masjid itu tempat perbincangan masalah orang Islam, pusat pengumpulan ekonomi, pusat pengajian. Di beberapa, yang minoritinya beragama Islam menjadikan masjid sebagai transit musafir. Kira macam hostel la untuk musafir. Di Malaysia? Pemimpin membina masjid untuk menarik pelancong? Malu, Datin Seri!
4. Hotel di Dubai Dengan Kos Melebihi RM 100,000 Semalam.
Inilah pucuk utama kenapa harus ada ribuan surat terbuka untuk Datin Seri. RM100 K yang saya belajar di sekolah dan IPT dulu bukanlah sikit nilainya. Lagi-lagi kepada orang-orang kampung, golongan bawahan, pelajar miskin, orang merempat dan sebagainya.
Saya tidak mempersoalkan kemewahan yang ALLAH kurnia untuk Datin Seri. Dalam Loh Mahfuz, Datin Seri ditakdirkan berkahwin dengan Datuk Seri Najib, menjadi isteri PM dsb. Yang persoalkan sumber dari mana tajaan RM100 K itu. Kalau ianya tajaan Dubai, saya dan rakyat lain tidak kisah. Itu mungkin setaraf dengan status Datin Seri sebagai isteri PM Malaysia, atau mungkin "penghargaan atas perjuangaan dalam Islam".
Tetapi, saya dan rakyat lain kisah bilamana belanja itu datangnya dari Kerajaan MALAYSIA sendiri! Tahukah Datin Seri, Mei 2010 suami Datin Seri membacakan hasil tinjauan yang mana menyebutkan gaji rakyat Malaysia di Kuala Lumpur yang dibawah RM3K adalah di bawah PARAS MISKIN?!Itu di Kuala Lumpur, di kampung-kampung?! RM 00 K itu berulang kali saya belek, antara percaya atau tidak.
RM100 K, Seratus Ribu Ringgit Datin Seri. Rakyat, kalau diberi RM100 pun sudah melonjak gembira; apa lagi RM100 K dibelanjakan untuk semalaman hanya sekadar menyewa bilik hotel! Sedih, rakyat. Mereka ada yang hidup kais pagi, makan pagi; kais petang bawak ke makan malam. Itu kalau mereka larat mengais rezeki, jika tidak? Merempat kelaparan!
Datin Seri, Wan Azizah isteri Anwar Ibrahim dipersoal rakyat dengan harga bajunya; Nik Aziz suami isteri dipersoalkan ganjaran pergi ke Mekah dan tidak mustahil Datin Seri juga dipersoalkan kerana keborosan ini! Permata Negara disuntik dana sebanyak RM111 M, kongres isteri-isteri pertama dunia di KL apa cerita? Inilah persoalan yang perlu Datin Seri jawab. Sama sepertimana kita dari BN meminta pembangkang clarify with the related issues.
Ingat, Datin Seri di dunia ALLAH mungkin sorokkan keaiban kita; tapi tidak dihari pembalasan. Semua ditelanjangkan! Sekalipun Datin Seri bergelar "FIRST LADY OF MALAYSIA"!
Datin Seri, merebut jawatan dalam parti bukanlah matlamat saya. Jauh sekali mengejar populariti. Dalam parti, ongkos adalah penting dalam memastikan team yang setia, kemas dan lengkap. Duit bukanlah segalanya bagi saya. Surat ini adalah bingkisan dan rentetan dari suara adik Muhammad Muizzuddin bin Zaini.
Justeru, janganlah dianggap nukilan ini sebahagian dakyah pembangkang untuk merosakkan kredibiliti Datin Seri sebagai isteri PM. Kalau Datin Seri tidak mampu mencontohi Fatimah Az-Zuhra atau Aisyah R.A. cukuplah dengan Tun Dr. Siti Hasmah. Beliau berpada-pada dalam kehidupan politik suaminya.
Terimalah nukilan ini dengan membuka seluas-luas pemikiran dan hati. Teguran ini ikhlas. Di penghujung ini saya nukilkan dialog antara babi dan manusia untuk kita fikirkan bersama-sama yang saya petik dari sebuah blog. Maknanya dalam.

Seekor babi datang kepadaku dan berkata,
"Kenapa kamu enggan menjadi sepertiku?"
Aku diam tertikam. Bisu seketika. Kemudian bibirku terukir senyum.
"Kamu diciptakan sebagai babi dengan seketul otak, dan aku diciptakan sebagai manusia dengan secebis akal" ujar hatiku berbisik halus kemudian berlalu pergi tanpa kata.
Friday, February 4, 2011
Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan( http://gate.ahram.org.eg/News/36551.aspx) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.
ali Jum'ah
Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan? Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.
Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.
Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.
Subscribe to:
Posts (Atom)